April 13, 2017

Tambah Modal

“Penambahan modal untuk topup prepaid boleh dilakukan setiap hari kecuali cuti umum. Jumlah minimum untuk menambah modal sebanyak RM50 dan ke atas. Anda akan mendapat update dari gateway server menyatakan modal anda sudah berjaya ditambah.”

*Sekiranya anda menambah modal topup prepaid melalui kaedah “Online Banking” sila masukkan emel : angkattopup@gmail.com pada bahangian “Beneficiary Payment Alert” untuk memudahkan urusan penambahan modal oleh pihak syarikat.

Cara menambah modal adalah seperti berikut:

1. Tentukan nilai modal yang ingin ditambah ke dalam akaun topup anda.

2. Buat pembayaran ke salah satu akaun syarikat di bawah.

tambah-modal-agen-topup

3. Sila hantar Maklumat Pembayaran ke server gateway mengikut format yang diberikan seperti di bawah.

format-tambah-modal-agen-topup

kod-agen-topup-tambah-modal

 

☑ Semua agen mesti berurusan terus dengan syarikat bagi tujuan tambah modal kredit jualan. Wang pembayaran mestilah dimasukkan ke akaun syarikat AT TOPUP.

☑ Waktu Penambahan Modal dengan syarikat adalah seperti berikut :-
🕓Sabtu – Khamis : 10.00 pagi – 9.30 malam (Rehat 7.00 – 8.30 malam)
🕓 Jumaat: 10.00 pagi – 5.00 petang (Rehat 12.45 tengahari – 2.30 petang)

☑ Tempoh penambahan modal dari maklumat pembayaran yang dihantar mengambil masa dari 10 – 60 minit. Namun ianya bergantung kepada sistem semakan Online Banking.

☑ Sila hantar maklumat pembayaran ke Gateway mengikut format yang diberikan.

☑ Contoh:-

1⃣ BI*MBB*AT5555*500*080116*1754
2⃣ BI*CIMB*AT5555*150*100116*0910
3⃣ BI*BIMB*AT5555*700*110116*1310

☑ Format masa mestilah mengikut format 24 jam. Masa ialah angka yang tercatat dibukti pembayaran setelah anda melakukan pembayaran melalui kaedah CDM/ATM TRF/Online Banking.

☑ Anda dinasihatkan supaya menghantar maklumat pembayaran SEKALI SAHAJA bagi mengelakkan pertindihan. Elakkan menghantar maklumat pembayaran yang sama berulang kali bagi mengelakkan kekeliruan dan menyebabkan kredit modal akan memakan masa yang lebih lama.
🔄 Jika anda sedar anda telah menghantar format yang salah, resend sekali lagi format yang betul ke gateway server.

❗Sila hantar atau tuntut pembayaran PADA HARI YANG SAMA anda melakukan pembayaran. Ini bertujuan bagi memastikan proses penambahan modal ke akaun anda berjalan dgn lancar & cepat.

 

PERHATIAN📢📢📢

❗Sekiranya anda mendapati order tambah modal melebihi 1 jam selepas anda hantar message ke server dan anda masih belum dapat modal kredit, sila hubungi WhatsApp HelpLine AT 🆘 di talian +60145225000.

Anda mesti forward setiap info berikut ke HelpLine AT:-
1⃣ format message tambah modal yang anda hantar ke server.
2⃣ message yang anda terima dari server.
3⃣ bukti bank in/transaksi

❗ Sekiranya anda order tambah modal selepas 9.30 malam ATAU selepas jam 5.00 petang pada hari Jumaat, dan anda dapati tiada modal dikreditkan pada hari tersebut, RESEND semula permohonan pada keesokkan harinya.

Walau bagaimanapun, sila patuhi masa tambah modal yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

 

NOTIS 📢📢📢

❗ Pastikan TIADA IBG transfer yang dilakukan.
❗ Jika anda menggunakan interbank transfer, sila gunakan IBFT.(instant)

✅ Mohon kerjasama dari semua pihak bagi menjamin kelancaran perkhidmatan kami.